Pengenalan
Selamat datang ke Program Pemulihan Khas POMIZI. Apa itu program POMIZI ? . Program ini adalah program pemulihan khas yang holistik. komprehensif, bersistematik dan telah teruji secara klinikal. Pendekatan, strategi dan modul-modulnya amat berkesan, sesuai dan praktikal untuk dimplementasikan kepada murid-murid prasekolah, kelas pemulihan khas, kelas peralihan, dan murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran seperti bermasalah disleksia atau yang berkategori "ringan".
Falsafah PomiziMembaca merupakan kunci segala pengetahuan. Tanpa penguasaan 2M (membaca & menulis) yang baik, seseorang individu akan terlepas peluang untuk meneroka dunia. Falsafah kami adalah mudah. Meskipun anak anda hanya mampu menguasai abjad, anak anda sebenarnya telah memulakan langkah pertama ke arah kemahiran membaca dan pemulihan penguasaan bahasa yang "fast track". Sila layari konsep program kami dan pelajari dengan lebih lanjut mengenai falsafah kami untuk menyediakan anak anda mencapai kejayaan.
|
Pakej Pomizi
Program Pemulihan (literasi) POMIZI menyediakan suatu pakej yang lengkap dan menyeluruh. Modulnya terdiri daripada Ujian Diagnostik dan Ujian Pos, Modul Asas, Set Bahan Bacaan Awal bergred, set pengukuhan interaktif, Modul Lanjutan dan Modul Set Nilam Pemulihan Khas (literasi). Keenam-enam pakej modul ini dibangunkan sebagai menyediakan murid-murid prasekolah ke arah kesediaan awal ke sekolah. Bagi murid pemulihan khas atau murid kelas peralihan, Program Pemulihan Khas POMIZI adalah bertujuan menyediakan mereka untuk mengikuti sukatan pelajaran yang normal dalam kelas-kelas biasa di peringkat sekolah rendah atau menengah rendah. Sementara bagi murid Pendidikan Khas bermasalah pembelajaran pula, Program Pemulihan Khas POMIZI adalah bertujuan menyediakan mereka ke kelas-kelas inklusif bagi memberi peluang mereka menduduki peperiksaan awam sebagaimana murid-murid tipikal yang lain.