POMIZI ialah singkatan kepada Program Membaca Istimewa Zee. Zee adalah sempena nama pengasasnya iaitu Pn.Fauziah bt Mat (guru pendidikan khas kategori Bermasalah Pembelajaran SMK Jalan Reko, Kajang, Selangor).
Modul POMIZI pada asalnya memakai nama 'Mutiara Reko'. Sebaliknya POMIZI tercipta hasil daripada pemurnian dan penambahbaikan yang dibuat oleh pengasasnya berdasarkan pemerhatian kritis dan menyeluruh semasa menjalankan kajian tindakan di lapangan secara saintifik ke atas murid khas bermasalah pembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Jalan Reko, Kajang, Selangor. Dapatan Peringkat asas pelaksanaan POMIZI, mendapati 100% (13 orang) peserta kajian telah menguasai kemahiran 2M (membaca & menulis) dalam tempoh pelaksanaan kelas yang sangat singkat iaitu antara 15 hingga 31 hari. Hasil kajian ini adalah suatu yang di luar jangka. Hal ini adalah kerana murid khas bermasalah pembelajaran mempunyai tahap ketidakupayaan membaca yang tinggi dan peratus kebarangkalian untuk dipulihkan sepenuhnya adalah berisiko.
Ekoran daripada pemerhatian susulan selepas terlaksananya Modul POMIZI peringkat asas, Pengasas POMIZI mendapati bahawa program pemulihan khas intervensi 2M harus dibangunkan secara lengkap bagi memenuhi keperluan murid yang baru dipulihkan agar mereka tidak ketinggalan apabila mula diserapkan untuk mengikut silibus Bahasa Melayu yang sepatutnya di kelas-kelas biasa seperti rakan sebaya yang lain. Oleh sebab itu, satu kajian susulan diteruskan dan mendapati bahan bacaan awal dan modul lanjutan harus diberikan dalam proses murid memantapkan pemerolehan bahasa secara lebih sistematik.
Maka atas dasar tersebutlah POMIZI dibangunkan kepada dua fasa pelaksanaan iaitu fasa pelaksanaan asas dan fasa pelaksanaan peringkat lanjutan.

Asas Pembinaan POMIZI
Empat unsur asas yang digarap dalam proses membina Modul Pomizi iaitu:
|
Pendekatan Pengajaran POMIZI
Program Membaca POMIZI menggunakan pendekatan pengajaran induktif yang menekankan prinsip-prinsip pengajaran berikut:
|
Strategi Pengajaran POMIZI ?
Dari aspek strategi pengajaran, POMIZI mengintegrasikan ketiga-tiga strategi pengajaran dan pembelajaran iaitu:
|