2 Peringkat Pelaksanaan Program Pemulihan Khas POMIZI
Peringkat Pelaksanaan Asas
Pelaksanaan peringkat asas Pomizi merupakan fasa pemulihan. Pada fasa ini murid didiagnos dan hasil analisis Ujian Diagnostik tersebut akan
seseorang murid itu bermula. Hal ini adalah kerana tidak semua individu yang tidak berkeupayaan membaca harus bermula dengan Modul 1.
Pelaksanaan Peringkat Lanjutan
Pelaksanaan peringkat lanjutan Program Pemulihan POMIZI merupakan fasa pengukuhan penguasaan kemahiran 2M dan pelebaran penguasaan kemahiran lain seperti kemahiran memahami, kemahiran menulis dan kemahiran asas sistem bahasa. Fasa ini menekankan pengukuhan penguasaan kemahiran 2M, kemahiran memahami, menulis dan kemahiran asas sistem bahasa agar murid pada peringkat ini dapat mempersiapkan diri untuk bersama rakan sebaya lain dengan silibus biasa di kelas daripada proses P&P rakan sebaya sebelum ini. Ini adalah kerana, kebiasaaannya murid yang baru dipulihkan ini masih belum berkeyakinan sepenuhnya untuk terus diperkenalkan dengan silibus sebenar di kelas aliran biasa. Oleh itu pada peringkat ini, POMIZI telah menghasilkan satu set modul lengkap yang berupaya membimbing mereka mencapai sasaran ke silibus biasa di dalam kelas biasa.