Definisi Pemulihan Khas
Pemulihan Khas ialah sejenis pendidikan yang cuba memenuhi kehendak mereka yang menghadapi masalah pembelajaran iaitu kegagalan belajar yang tidak dapat ditentukan, faktornya termasuklah persekitaran dan pengalaman hidup masing-masing. Program Pemulihan Khas mengutamakan prinsip "menyelesaikan masalah seawal mungkin" supaya tidak menjadi kronik dan berterusan hingga ke tahap 2 sekolah rendah dan ke peringkat sekolah menengah. Perbezaan minat, bakat, pengalaman dan gaya belajar individu murid mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat atau "terkebelakang" menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebaya yang lain. Sekiranya mereka tidak diberi pemulihan, mereka mungkin gagal memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan terbenam. Justeru itu, melalui program pemulihan khas, keperluan-keperluan murid berpencapaian rendah dapat di kenal pasti dan dipenuhi.
Objektif Pemulihan Khas
Setelah mengikuti program pemulihan khas ini dalam masa yang ditentukan murid boleh:
|
Murid Pemulihan Khas
Murid pemulihan adalah murid yang mempunyai intelek dan kecerdasan yang rendah juga kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa,” AE Tanseley dan R. Culliford
Murid pemulihan ialah murid yang kurang daya taakul, kurang berkemampuan membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan dan kurang memahami tentang perkara yang agak abstrak.” M. F . Clough “ Murid yang gagal menerima pelajaran dan mereka ini berkemampuan mempunyai kecerdasan yang tinggi , yang sederhana dan di bawah paras sederhana. Kita tidak masukkan kategori murid yang lemah (mentally retarded). Murid Pemulihan Khas adalah murid yang tidak dapat menguasai kemahiran asas 3M pada masa yang sepatutnya.” Sharifah Rahman Ali |
Ciri-Ciri Murid Pemulihan Khas
Emosi dan Tingkah laku
Sosial
Kesihatan
|
Kesediaan Belajar
Pengamatan
|