Model Pemprosesan Kognitif
Modul Peringkat Asas Pomizi dibina berasaskan Teori Pemprosesan Maklumat. Model yang diguna pakai ialah model pemprosesan kognitif (Cooper 1998).
Teori pemprosesan maklumat merangkumi tiga peringkat yang utama iaitu peringkat ingatan sensori, peringkat ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang (Leahey dan Harris, 1989; Seifert, 1983; 1991; Sprinthall dan Sprinthall, 1990; Slavin, 1991; Ormrod, 1995, Ruslin, 2001; Muhamed, 1992; 1999; Mok, 2002). Rangsangan dari persekitaran diterima melalui organ deria manusia, diproses dengan serta merta melalui perhatian dan pengiktirafan, iaitu menyingkirkan maklumat yang tidak penting dan menghantar maklumat yang penting dan releven kepada ingatan jangka pendek (Cooper, 1998).
Proses ingatan sensori hanya berlaku dalam masa yang amat ringkas, iaitu di antara ½ saat hingga 4 saat sahaja. Ini adalah kerana rangsangan yang diterima sampai ke bahagian organ deria tidak akan kekal lama, tetapi dihantar terus ke stor ingatan jangka pendek hampir dengan serta merta. Sekiranya maklumat yang diterima dianggap kurang penting, rakaman derianya bersama dengan ingatan jangka pendek akan hilang imejnya dalam masa beberapa saat sebagai lupaan. Apabila ingatan jangka pendek menerima maklumat dari ingatan sensori, ia mengekodkan maklumat itu dalam bentuk yang bermakna serta mudah untuk diingati. Ingatan Sensori digunakan untuk merasai informasi yang diterima Informasi berbentuk visual Informasi berbentuk audio Ingatan Jangka Pendek digunakan untuk memproses informasi. Terhad kepada 9 elemen pada satu masa.
Ingatan Jangka Panjang digunakan untuk menyimpan semua pengetahuan dan kemahiran dalam bentuk hirarki secara kekal. Tidak terhad kepada kapasiti, iaitu secara gambaran,bahasa atau simbolik (Cooper 1998). Maklumat yang dianggap tidak berguna atau terlalu rumit dikodkan akan disingkirkan dalam bentuk lupaan. Maklumat yang boleh dikodkan akan disimpan dalam masa di antara 15 saat hingga 30 saat. Kadangkala, maklumat yang telah diproses dipanggil semula sebagai tindak balas ke atas situasi yang diperlukan.
Ingatan jangka pendek menggunakan tempoh yang sangat singkat ini untuk memerhati dan mengiktiraf maklumat yang berguna, mengekodkannya dalam satu sistem yang mudah dikenali serta mudah diingat, kemudian menghantarnya ke stor ingatan jangka panjang. Maklumat yang kurang penting akan lenyap dalam proses lupaan. Kadangkala, maklumat tidak sempat dihantar ke ingatan jangka panjang, tetapi dipanggil semula dengan serta merta misalnya menjawab soalan guru sebaik sahaja selepas pengajarannya (Cooper 1998). Pada akhir peringkat ini, maklumat baru yang disimpan dalam ingatan jangka pendek buat sementara akan dihantar ke ingatan jangka panjang untuk diproses lagi dan disimpan dalam jangka masa yang lebih lama hingga dipanggil semula sebagai tindak balas ke atas situasi yang diperlukan (Cooper 1998).
Seperti ingatan jangka pendek, ia juga mengalami proses lupaan, iaitu maklumat yang tidak digunakan atau keusangan atau kerana gangguan akan hilang dan lenyap.Ingatan jangka panjang ini berfungsi menerima dan memproses maklumat yang telah dienkodkan secara kasar dari ingatan jangka pendek untuk disimpan dalam masa yang lebih lama, mungkin diantara beberapa minit hingga bertahun-tahun (Cooper 1998). Maka maklumat yang diterima akan diproses semula dan dipindahkan kepada satu sistem yang lebih mudah, lebih sistematik dan lebih sempurna seperti dalam bentuk sistem fail yang dibahagikan mengikut jenis dan kategori supaya mudah disimpan dan juga mudah dikeluarkan. Jenis ingatan jangka panjang biasanya digolongkan dalam lima kategori seperti berikut (Abu Zahari 1988):
Maklumat yang diterima oleh ingatan jangka panjang adalah berasaskan maklumat dari ingatan jangka pendek. Kebanyakan maklumat yang diterima dalam ingatan jangka pendek biasanya terdiri daripada pembelajaran kali pertama. Untuk memindahkan maklumat ini dengan lebih sempurna dan lebih kekal dalam ingatan jangka panjang, latihan berulang-ulang hendaklah diadakan (Cooper 1998).Di samping itu, cara latihan hendaklah betul dan isi maklumat hendaklah berpatutan, khasnya dalam pembelajaran kali pertama.
Berdasarkan ciri-ciri ingatan yang dibincangkan dalam teori pemprosesan maklumat, implikasi teori ini terhadap proses pembangunan reka bentuk bahan pengajaran harus dititik beratkan. Dengan itu, proses pembinaan modul pomizi memberi keutamaan perlunya ditumpukan kepada kesan tumpuan dan perhatian yang sepenuhnya semasa pembelajaran pada ingatan sensori. Di sini bahan modul yang dibina patut mengurangkan rangsangan-rangsangan yang tidak perlu.
Manakala strategi mengukuhkan ingatan jangka pendek perlu merangkumi prinsip perkembangan iaitu menghubungkaitkan unsur-unsur agar menjadikannya sesuatu yang bermakna dalam masa yang singkat, demi membolehkan murid mengingatinya dengan cepat. Kedua ialah prinsip operasi iaitu dalam masa yang singkat, menumpukan pemikiran sahaja terhadap maklumat yang dipersepsikan demi memudahkan pengurusannya (Abu Zahari 1988).

- Ingatan intelektual, iaitu ingatan yang berkaitan dengan konsep, pengertian,prinsip, hukum dan maklumat-maklumat abstrak.
- Ingatan logik, iaitu ingatan yang berkaitan dengan maklumat rasional yang didapati melalui proses menaakul.
- Ingatan hafazan, iaitu ingatan yang berkaitan dengan maklumat yang tidak diproses tetapi disimpan dalam ingatan jangka panjang dan akan dikeluarkan semula tanpa sebarang perubahan seperti menghafal sifir matematik.
- Ingatan episodik, iaitu ingatan yang berkaitan dengan pengalaman dan peristiwa, khasnya yang berlaku dalam tempoh masa, tarikh dan tempat yang berkenaan.
- Ingatan semantik, iaitu ingatan yang berkaitan dengan maklumat untuk digunakan membuat kesimpulan dan rumusan, membentuk generalisasi, prinsip, hukum dan rumus.